Tuesday, June 7, 2011

manual inkubator

Tidak semua telur yang dimasukkan ke dalam inkubator akan berjaya ditetas. Bagi pengusaha yang baru belajar menggunakan inkubator, sudah pasti mudah berputus asa dan menyalahkan inkubator. Sebenarnya, bagi pengusaha-pengusaha baru, jika 40%-60% telur berjaya ditetas, sudah memadai untuk dikatakan sebagai berjaya!
Bagi yang telah berpuluh-puluh tahun berkecimpung dalam bidang ini, belum tentu mereka dapat menetaskan 100% telur-telur tersebut.Betul tak?
Daripada perkongsian maklumat bersama pengusaha-pengusaha didapati beberapa perkara yang perlu diberi perhatian untuk memaksimakan peratusan tetasan telur.
Antaranya ialah:
1.Telur mestilah bersih, kering dan bebas hama. Telur yang kotor dan basah dikhuatiri takkan menetas. Kalau boleh cuci kulit telur sampai bersih dengan kain kesat atau kertas pasir halus tapi pastikan tidak digosok terlalu kuat hingga retak atau kulit menjadi nipis.Kalau tuan-tuan pernah tengok telur kotor & basah yang boleh menetas tolong beritahu saya!
2. Telur tidak boleh dibiarkan lebih seminggu dari tarikh telur keluar dari rahim ibu ayam. Kalau tuan-tuan pernah berjaya tetaskan telur yang terbiar lama sila maklumkan kepada saya!
3. Kedudukan inkubator mestilah di tempat yang tertutup supaya suhu persekitaran terkawal. Bebas dari pancaran matahari dan tiupan angin. Bayangkan inkubator itu seperti ibu ayam yang sedang mengeram. Sudah tentu dia tidak suka mengeram di tempat yang terang dan terbuka. Betul tak?
4. Pastikan inkubator bebas daripada kuman,hama dan seumpama dengannnya.
5. Set suhu pada termostat hingga bacaan termometer berada antara 38-40 C sebelum memasukkan telur. Julat yang terlalu besar kurang bagus. Seeloknya lampu terpadam bila suhu naik sehingga 40 C atau turun sehingga 38 C.
6. Kelembapan inkubator perlu dikawal. Inkubator manual yang menggunakan bekas air untuk mengawal kelembapan perlu sentiasa mempunyai air. Kereta kita pun perlukan air bateri kan? Kalau air bateri kering apa akan jadi?
7. Peneropongan telur perlu dibuat pada hari ke-3, ke-14 dan ke-18 untuk memastikan berlakunya persenyawaan. Boleh dibuat secara manual dengan meneropong dengan “torch light” di tempat gelap. Kalau nampak ada urat-urat merah tu, INSYAALLAH tanda-tanda kejayaan!
egg-day-3egg3
embryo1embryo2
Di bawah ini disediakan tentang punca gagal menetas dan cara mengatasinya.
jadual masalah tetasan
8. Telur perlu diputar sekurang-kurangnya 3 kali sehari bagi memastikan embrio tidak melekat pada kulit dan keseluruhan telur mendapat kepanasan yang sekata. Kalau rajin, boleh alih setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik kerana ada penternak yang mendapat penetasan telur 90% dengan cara ini. Telur tidak dialih pada hari ke-18 dan pastikan bahagian merekah berada di atas kerana waktu itu anak ayam dah mula nak keluar. Kalau alih nanti takut cecair tumpah.
9. Kadangkala kita tengok ibu ayam meninggalkan telur tanpa dieram selama beberapa ketika untuk cari makan atau berguling-guling di atas pasir. Tingkahlaku tersebut ialah untuk mendinginkan telur. Kita boleh meniru aksi tersebut dengan membuka inkubator selama 10-15 minit atau keluarkan telur tersebut untuk diteropong.
10. Menjelang hari ke-18, kelembapan perlu ditambah untuk memudahkan pemecahan cengkerang.
11. Bila anak ayam dah keluar, ia perlu dibiarkan sehari semalam tanpa makan dan minum di dalam inkubator untuk mengeringkan bulunya sebelum dialih ke kotak D.O.C (Day of Chicken) yang dipasang lampu sebagai sumber pemanas. Boleh guna lampu 5 watt.
INSYAALLAH semoga rezeki kita diberkati. Tanda-tanda rezeki yang berkat ialah semakin rezeki bertambah, semakin kuat kita beribadat. Bukannya bila ayam-ayam bertambah banyak, kita semakin sibuk hingga tak sempat nak sembahyang.(saya tertarik dengn blog sahabat ni,jd saya copy untuk dijadikan panduan pada sesiapa yg baru menggunakan inkubator)
~ by shawn@hayyrie on July 23, 2009.

No comments:

Post a Comment