Friday, March 25, 2011
cara pengoperasian mini inkubator
Cara penggunaan incubator
-pastikan tangan anda kering sebelum menggunakan mesin ini.
-mesin ini keseluruhannya menggunakan 240Vac,kemugkinan akan terkena renjatan elektrik jika tangan anda basah ketika mengoperasikan mesin ini.
-pastikan bekas didalam bersih sebelum meletakkan telur
-‘on’kan bekalan utama
-putarkan thermostat ke kanan sehingga habis.
- tunggu sampai suhu mencapai kestabilan pada suhu 37-38°C.
-laraskan suhu mengikut suhu telur yang hendak ditetaskan
-telur itik 28 hari (37-38C)
-telur ayam 21 hari (37-38C)
-telur puyuh 13 hari (27-28C)
- Pemanasan mesin tetas dilakukan minimal 3 jam sebelum telur dimasukkan ke dalam mesin tetas.
Cara penyimpanan incubator
-putarkan thermostat ke arah kiri sehingga thermostat menunjukkan nombor ‘0’.
‘off’kan bekalan utama
-bersihkan semua kotoran yang tertinggal akibat penetasan telur.
-simpan di tempat yang selamat.
Disini saya sertakan perkara yang perlu dan yang jangan dibuat semasa melakukan kerja-kerja penetasan telur menggunakan inkubator:
Yang perlu dibuat:-
1. Pusingkan telur 2-3 kali sehari.
2. Periksa air dalam bekas/dulang jika inkubator anda adalah daripada jenis still air.
3. Tuliskan hari terakhir telur menetas. Paling lewat anak ayam akan menetas pada hari ke
21 sejak dari hari telur dimasukkan dalam inkubator.
4. Lakukan candling pada hari ke-6.
5. Pastikan telur kurang dari 7 hari dari hari telur keluar dari ibu ayam.
6. Pastikan gunakan pensel untuk menulis tarikh pada telur.
7. Pastikan anak ayam yang dikeluarkan daripada inkubator diletakkan di bawah mentol
lampu biasa.
8. Sentiasa periksa suhu inkubator, boleh terjadi kes dimana anak ayam yang menetas mati
akibat suhu yang terlampau panas. Ada juga kes dimana inkubator di off tanpa kita sedari.
Yang jangan dibuat:-
1. Jangan basuh telur ayam dengan air.
2. Jangan tulis tarikh pada telur dengan marker pen, kaler magic atau apa-apa selain dari pensel. Bagi yang dah terguna marker boleh je teruskan letak telur dalam inkubator,sebaik2nya gunalah pensel.
3. Jangan lupa pusingkan telur.
4. Jangan kopek kulit telur ayam apabila anak ayam mula menebuk. Tapi terpulanglah jika nak bantu juga, tak salah... tapi risiko tanggung sendirilah ye.
5. Jangan paksa anak ayam yang umur sehari dua untuk makan dan minum.
6. Jangan guna mentol/lampu energy saver untuk anak ayam sebab lampu energy saver tu
biasanya tidak ada haba yang mampu memanaskan anak ayam.
7. Jangan biarkan telur yang sudah melebihi 21 hari di dalam inkubator anda. Anda akan terdedah risiko telur tersebut meletup di dalam inkubator jika membiarkan telur yang sudah melebihi 21 hari masih berada di dalam inkubator.
8.Apa apa pun, ini hanyalah perkongsian ilmu yang saya ada. Moga mampu menjadi panduan. Anda semua boleh juga melakukan kajian untuk meningkatkan peratusan telur ayam menetas.
AMARAN!!!! Jika telur ayam anda tiada benih setelah dicandling, walaupun penjual inkubator anda memberitahu inkubator yang dijual mempunyai tahap penetasan 100% maka tidak akan menetas jualah telur ayam itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment