jom kita layan gambar....
Thursday, August 4, 2011
bukti kami pos barang anda
mungkin anda masih musykil dengan barangan yang kami jual,yela..sekarang pon banyak kes penipuan di dalam internet,jd anda perlulah berjaga2 demi keselamatan anda juga keselamatan wang anda,cuba amik masa untuk mengenal si peniaga supaya anda tidak tertipu.tetapi usah risau,kami menjalankan tanggungjawab kami demi kepuasan anda..ini sebahagian bukti,kami telah menjalankan tanggungjawab kami.iaitu membuat inkubator serta mengepos barangan tersebut kepada pelanggan.
jom kita layan gambar....
jom kita layan gambar....
Saturday, July 2, 2011
tempahan baharu
Ini adalah sebahagian yang di tempah,saya memohon maaf jika terlewat,ini kerana sewaktu tempahan saya sedang menyiapkan folio semester akhir di JMTi.Kini saya menarik lafaz lega apabila semua folio2 saya sudah siap,dan menunggu masa untuk grad.
ini tempahan baharu yang hendak di pos ke perlis-terengganu dan johor,jom kita layan cara membuatnya...
langkah pertama potong perspek menggunakan pisau khas
ini la rupa perspek tu..
yang ni selepas ditebuk
nampak x perspek tu?ia dipasang di situ
yang ni pula bahagian lampu(baru pasang holder)
ini selepas pemasangan thermostat
yang warna kuning 2..omputih cakap pilot lamp
ini termometer yang disediakan
untuk pengetahuan tuan puan sebelum kami mengepos inkubator ini,kami telah menguji inkubator ini berkali2 untuk melihat berfungsi dengan baik,contohnya..apabila suhu mencapai 40c lampu akan padam dan akan menyala apabila suhu dlm lingkungn 36-37c.jika inkubator ini burfungsi dengan baik,barulah kami akan pos sampai depan pintu umah :) .inkubator ini lebih murah berbanding inkubator yang dijual di pasaran,tujuan penghasilan inkubator ini untuk memberi peluang kepada semua yang berminat untuk menggunakan inkubator ini dengan harga yang lebih murah
Tuesday, June 7, 2011
manual inkubator
Tidak semua telur yang dimasukkan ke dalam inkubator akan berjaya ditetas. Bagi pengusaha yang baru belajar menggunakan inkubator, sudah pasti mudah berputus asa dan menyalahkan inkubator. Sebenarnya, bagi pengusaha-pengusaha baru, jika 40%-60% telur berjaya ditetas, sudah memadai untuk dikatakan sebagai berjaya!
Bagi yang telah berpuluh-puluh tahun berkecimpung dalam bidang ini, belum tentu mereka dapat menetaskan 100% telur-telur tersebut.Betul tak?
Daripada perkongsian maklumat bersama pengusaha-pengusaha didapati beberapa perkara yang perlu diberi perhatian untuk memaksimakan peratusan tetasan telur.
Antaranya ialah:
1.Telur mestilah bersih, kering dan bebas hama. Telur yang kotor dan basah dikhuatiri takkan menetas. Kalau boleh cuci kulit telur sampai bersih dengan kain kesat atau kertas pasir halus tapi pastikan tidak digosok terlalu kuat hingga retak atau kulit menjadi nipis.Kalau tuan-tuan pernah tengok telur kotor & basah yang boleh menetas tolong beritahu saya!
2. Telur tidak boleh dibiarkan lebih seminggu dari tarikh telur keluar dari rahim ibu ayam. Kalau tuan-tuan pernah berjaya tetaskan telur yang terbiar lama sila maklumkan kepada saya!
3. Kedudukan inkubator mestilah di tempat yang tertutup supaya suhu persekitaran terkawal. Bebas dari pancaran matahari dan tiupan angin. Bayangkan inkubator itu seperti ibu ayam yang sedang mengeram. Sudah tentu dia tidak suka mengeram di tempat yang terang dan terbuka. Betul tak?
4. Pastikan inkubator bebas daripada kuman,hama dan seumpama dengannnya.
5. Set suhu pada termostat hingga bacaan termometer berada antara 38-40 C sebelum memasukkan telur. Julat yang terlalu besar kurang bagus. Seeloknya lampu terpadam bila suhu naik sehingga 40 C atau turun sehingga 38 C.
6. Kelembapan inkubator perlu dikawal. Inkubator manual yang menggunakan bekas air untuk mengawal kelembapan perlu sentiasa mempunyai air. Kereta kita pun perlukan air bateri kan? Kalau air bateri kering apa akan jadi?
7. Peneropongan telur perlu dibuat pada hari ke-3, ke-14 dan ke-18 untuk memastikan berlakunya persenyawaan. Boleh dibuat secara manual dengan meneropong dengan “torch light” di tempat gelap. Kalau nampak ada urat-urat merah tu, INSYAALLAH tanda-tanda kejayaan!
Di bawah ini disediakan tentang punca gagal menetas dan cara mengatasinya.
8. Telur perlu diputar sekurang-kurangnya 3 kali sehari bagi memastikan embrio tidak melekat pada kulit dan keseluruhan telur mendapat kepanasan yang sekata. Kalau rajin, boleh alih setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik kerana ada penternak yang mendapat penetasan telur 90% dengan cara ini. Telur tidak dialih pada hari ke-18 dan pastikan bahagian merekah berada di atas kerana waktu itu anak ayam dah mula nak keluar. Kalau alih nanti takut cecair tumpah.
9. Kadangkala kita tengok ibu ayam meninggalkan telur tanpa dieram selama beberapa ketika untuk cari makan atau berguling-guling di atas pasir. Tingkahlaku tersebut ialah untuk mendinginkan telur. Kita boleh meniru aksi tersebut dengan membuka inkubator selama 10-15 minit atau keluarkan telur tersebut untuk diteropong.
10. Menjelang hari ke-18, kelembapan perlu ditambah untuk memudahkan pemecahan cengkerang.
11. Bila anak ayam dah keluar, ia perlu dibiarkan sehari semalam tanpa makan dan minum di dalam inkubator untuk mengeringkan bulunya sebelum dialih ke kotak D.O.C (Day of Chicken) yang dipasang lampu sebagai sumber pemanas. Boleh guna lampu 5 watt.
INSYAALLAH semoga rezeki kita diberkati. Tanda-tanda rezeki yang berkat ialah semakin rezeki bertambah, semakin kuat kita beribadat. Bukannya bila ayam-ayam bertambah banyak, kita semakin sibuk hingga tak sempat nak sembahyang.(saya tertarik dengn blog sahabat ni,jd saya copy untuk dijadikan panduan pada sesiapa yg baru menggunakan inkubator)
~ by shawn@hayyrie on July 23, 2009.
Sunday, May 1, 2011
kaca ajaib(biodisc)
kehebatan biodisc memang tidak dapat di sangkal lagi,penggunaannya unlimited tiada exp day.dengan 1produk yang benama biodisc banyak kegunaannya..jom kita tgok testimoni di bawah
Sebuah syarikat bertaraf antarabangsa yang berpusat di Hong Kong dan telah ditubuhkan sejak tahun 1998. QI-LTD adalah induk kepada 18 anak syarikat di bawahnya yang aktif beroperasi di lebih 180 buah negara. QI-LTD kini telah pun menceburi pelbagai bidang perniagaan termasuklah perlancongan, pertroleum dan gas, telekomunikasi, produk teknologi dan barangan mewah, penghasilan produk numistik, plan pemasaran interaktif, media, pelaburan korporat, latihan dan pendidikan, rundingan perniagaan dan perdagangan.
sebarang pertanyaan boleh hubungi saya
mohammad aminuddin b. hassan
0134686245
Saturday, April 23, 2011
jom layan gambar inkubator
Sabda Rasulullah bermaksud: “Sembilan per sepuluh rezeki datangnya dari perniagaan.” (Hadis riwayat Bukhari)
ini sebahagian gambar inkubator yang dibeli oleh pelanggan di mudah.my
jom kita layan gambar.
ramai yang masih ragu untuk membeli barangan di mudah,mungkin ia langkah berjaga2 supaya tidak tertipu,akan tetapi usah risau GROUPJIWANIAGA sedia mendedah identiti diri kami supaya pelanggan tidak ragu2 untuk membeli produk kami

Saturday, April 2, 2011
Mengapa lidah kelu disaat kematian?
Posted January 14, 2007 by nurjeehan in Petua & Amalan, Roh & Kematian, Tafakur (Muhasabah). 1 Comment
Renungkanlah WAHAI SAHABAT-SAHABATKU yang dirahmati ALLAH SWT.
KEMATIAN itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan sakaratul maut.
Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: “Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.” Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan.
Banyak fadhilatnya.Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah “LailahaillAllah..” yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dengan izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. “Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah “Lailahaillallah..” semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Ya Rabbal A’lamin..”
WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. KEPADA SAIDINA ALI R.A.
Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.
Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
Jujur dalam berkata-kata.
Menjauhi segala yang haram.
Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
Merahsiakan ibadahnya.
Merahsiakan sedekahnya.
Merahsiakan ujian yang menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
Takut berlaku dusta dan keji.
Menjauhi kejahatan.
Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
Mengawasi dirinya.
Menghisab dirinya.
Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
Wang RM 50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

Friday, March 25, 2011
cara pengoperasian mini inkubator
Cara penggunaan incubator
-pastikan tangan anda kering sebelum menggunakan mesin ini.
-mesin ini keseluruhannya menggunakan 240Vac,kemugkinan akan terkena renjatan elektrik jika tangan anda basah ketika mengoperasikan mesin ini.
-pastikan bekas didalam bersih sebelum meletakkan telur
-‘on’kan bekalan utama
-putarkan thermostat ke kanan sehingga habis.
- tunggu sampai suhu mencapai kestabilan pada suhu 37-38°C.
-laraskan suhu mengikut suhu telur yang hendak ditetaskan
-telur itik 28 hari (37-38C)
-telur ayam 21 hari (37-38C)
-telur puyuh 13 hari (27-28C)
- Pemanasan mesin tetas dilakukan minimal 3 jam sebelum telur dimasukkan ke dalam mesin tetas.
Cara penyimpanan incubator
-putarkan thermostat ke arah kiri sehingga thermostat menunjukkan nombor ‘0’.
‘off’kan bekalan utama
-bersihkan semua kotoran yang tertinggal akibat penetasan telur.
-simpan di tempat yang selamat.
Disini saya sertakan perkara yang perlu dan yang jangan dibuat semasa melakukan kerja-kerja penetasan telur menggunakan inkubator:
Yang perlu dibuat:-
1. Pusingkan telur 2-3 kali sehari.
2. Periksa air dalam bekas/dulang jika inkubator anda adalah daripada jenis still air.
3. Tuliskan hari terakhir telur menetas. Paling lewat anak ayam akan menetas pada hari ke
21 sejak dari hari telur dimasukkan dalam inkubator.
4. Lakukan candling pada hari ke-6.
5. Pastikan telur kurang dari 7 hari dari hari telur keluar dari ibu ayam.
6. Pastikan gunakan pensel untuk menulis tarikh pada telur.
7. Pastikan anak ayam yang dikeluarkan daripada inkubator diletakkan di bawah mentol
lampu biasa.
8. Sentiasa periksa suhu inkubator, boleh terjadi kes dimana anak ayam yang menetas mati
akibat suhu yang terlampau panas. Ada juga kes dimana inkubator di off tanpa kita sedari.
Yang jangan dibuat:-
1. Jangan basuh telur ayam dengan air.
2. Jangan tulis tarikh pada telur dengan marker pen, kaler magic atau apa-apa selain dari pensel. Bagi yang dah terguna marker boleh je teruskan letak telur dalam inkubator,sebaik2nya gunalah pensel.
3. Jangan lupa pusingkan telur.
4. Jangan kopek kulit telur ayam apabila anak ayam mula menebuk. Tapi terpulanglah jika nak bantu juga, tak salah... tapi risiko tanggung sendirilah ye.
5. Jangan paksa anak ayam yang umur sehari dua untuk makan dan minum.
6. Jangan guna mentol/lampu energy saver untuk anak ayam sebab lampu energy saver tu
biasanya tidak ada haba yang mampu memanaskan anak ayam.
7. Jangan biarkan telur yang sudah melebihi 21 hari di dalam inkubator anda. Anda akan terdedah risiko telur tersebut meletup di dalam inkubator jika membiarkan telur yang sudah melebihi 21 hari masih berada di dalam inkubator.
8.Apa apa pun, ini hanyalah perkongsian ilmu yang saya ada. Moga mampu menjadi panduan. Anda semua boleh juga melakukan kajian untuk meningkatkan peratusan telur ayam menetas.
AMARAN!!!! Jika telur ayam anda tiada benih setelah dicandling, walaupun penjual inkubator anda memberitahu inkubator yang dijual mempunyai tahap penetasan 100% maka tidak akan menetas jualah telur ayam itu.
Sunday, March 13, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)